Friday 15 February 2013

Bapa saksi pembantu rumah lambung anak hingga jatuh menerusi CCTV


KUANTAN - Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi ini.

Katanya perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi ini.

"Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

"Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. 


- Bernama

Meteor di Rusia???


Kerosakan sebuah kilang 

meteor
Bebola api jatuh ke kawasan penduduk

Moscow: Jumat 15 FEB 2013 - Banyak yang bertanya apakah meteor yang jatuh di Rusia?? Dikatakan asteroid 2012 DA14 yang sedang mendekati Bumi. Asteroid 2012 DA14 akan melintasi Bumi pada Jumaat malam atau Sabtu dinihari nanti.



Hasil analisis (ESA), dalam akaun Twitter rasmi, menyatakan bahawa hasil analisis sementara tidak ada hubungan antara meteor yang meledak dengan asteroid 2012 DA14. Namun, tidak dijelaskan secara terperinci.


Profesor astronomi dari Tomnsk State University, Siberia, Rusia, bernama Tatiana Bordovitsina sempat mengemukakan kemungkinan hubungan antara meteor dan asteroid. Dalam wawancara di RIA Novosti, ia mengatakan meteor itu mungkin pecahan asteroid, namun perlu penelitian lebih lanjut untuk memastikannya.

Jika jalur orbitnya sama dengan jalur orbit asteroid, mungkin keduanya berkaitan. Namun, secara pribadi, meteor yang jatuh ini mungkin  bukan pecahan asteroid 2012 DA14.

Asteroid 2012 DA14 yang berdiameter sekitar 45 meter pada masa ini sedang menuju Bumi dan akan berada pada posisi terdekat dengan Bumi pada Jumaat (15/2/2013) malam atau Sabtu dinihari.

Benda langit tersebut dikatakan akan bertahan hanya 33 jam di sekitar Bumi dan Bulan. Titik terdekat dengan Bumi 27.600 kilometer, atau lebih dekat daripada orbit satelit geosentris di 36.000 kilometer.

NASA memastikan dari jalurnya, asteroid hanya mendekati dan tidak akan jatuh ke permukaan Bumi. Jika jatuh ke Bumi, asteroid sebesar itu boleh menyebabkan letupan dengan kekuatan 1.000 kali kekuatan bom nuklear di Hiroshima, Jepun.

Meteor yang jatuh di bumi Rusia ini belum diketahui ukurannya. Namun letupannya menyebabkan kerosakan dan kecederaan di negeri itu. Banyak kaca-kaca bangunan pecah sehingga mencederakan 400 orang.

-Rusia Today