Thursday, 3 May 2012

Harley Davidson yang hilang ketika tsunami di Jepun ditemui terdampar di Kanada




TOKYO: Sebuah motosikal Harley Davidson yang hilang apabila tsunami melanda Jepun tahun lalu, ditemui di sebuah pulau di Kanada, kira-kira 6,400 kilometer dari tempat asalnya.

Motosikal yang sudah berkarat itu ditemui dalam kontena besar berwarna putih, tempat pemiliknya, Ikuo Yokoyama menyimpannya.

Yokoyama dijejaki menerusi nombor plat motosikal itu, lapor Fuji TV.

“Tidak salah lagi ia milik saya. Ia sungguh menakjubkan,” kata Yokoyama kepada Nippon TV apabila ditunjukkan gambar motosikal itu.

Tiga anggota keluarganya mati dalam bencana itu yang melanda Mac 2011 dan dia kini tinggal di penempatan sementara di Miyagi.

Motosikal itu adalah antara barangan pertama hilang akibat tsunami yang tiba di pantai barat Amerika Utara.
Mac lalu, seorang lelaki Alaska menemui bola sepak dan kemudian, sebiji bola tampar.

Pemilik mereka dikesan minggu lalu menerusi nama yang terdapat pada bola itu. Warga Kanada, Peter Mark yang menemui motosikal itu memberitahu Fuji TV, dia tidak percaya barangan seperti itu akan menyeberang Lautan Pasifik.

Menurut laporan, dia menemuinya pada 18 April di Pulau Graham, di luar pantai British Columbia.
“Ia sudah berkarat teruk,” kata Mark.

Apabila melihat nombor plat Jepun itu, dia terbayang kemungkinan motosikal itu hanyut dari Jepun akibat tsunami dan menghubungi stesen televisyen tempatan.

Fuji TV melaporkan, motosikal itu akan dihantar semula ke Jepun dan kedai yang menjualnya kepada Yokoyama akan membantu menguruskannya. 

- Metro

5 beranak ditemui mati dalam kereta

Lokasi anggota polis forensik melakukan siasatan ke atas mayat lima sekeluarga yang ditemui mati dalam sebuah kereta. – Foto Bernama
Anggota polis forensik memeriksa mayat lima sekeluarga yang ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara dalam sebuah kedai membaik pulih penghawa dingin kereta di Masai
JOHOR BAHRU - Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun ditemui mati dalam sebuah kereta di sebuah kedai servis penghawa dingin kenderaan di Jalan Serangkai, Pasir Gudang, di sini malam tadi.

Kelima-lima mereka termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 32 dan 34 tahun dipercayai mati akibat lemas terhidu asap kenderaan dalam tempoh 48 jam yang lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin berkata, polis pada awalnya menerima laporan daripada orang awam yang menyatakan terhidu bau busuk dari kedai berkenaan kira-kira 7.10 malam tadi.

"Bertindak atas laporan, kita telah menjalankan pemeriksaan dan menemui sebuah kereta Proton Iswara Aerobak di dalam kedai berkenaan dengan enjin yang tidak dihidupkkan.

"Apabila diperiksa, kita menemui mayat seorang lelaki berusia 32 tahun di tempat duduk pemandu, manakala di sebelahnya pula seorang mayat seorang wanita berusia 34 tahun sambil memangku seorang kanak-kanak prempuan berusia empat

tahun," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Katanya, di bahagian tempat duduk belakang, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

"Siasatan awal polis mendapati kes ini tidak melibatkan sebarang unsure jenayah kerana tiada sebarang kesan tikaman dan kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut," katanya.

Bagaimanapun, katanya polis masih menyiasat motif sebenar kejadian itu.

Keluarga itu difahamkan menyewa kedai berkenaan untuk menjalankan perniagaan servis penghawa dingin kenderaan dan tinggal di bahagian belakang kedai itu bersama bapa mangsa lelaki yang berusia 63 tahun.

Semasa kejadian bapa mangsa tidak berada di rumah dan baru sahaja keluar dari hospital kerana masalah kesihatan buah pinggang dan kali terakhir menemui kesemua mangsa pada Ahad lepas.

Dia yang curiga dengan keadaan kedai anaknya kemudian bertindak meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi polis bagi menyiasat keadaan sebenar. 

– Bernama

Remaja ketagih susu botol


Farah Sauffiah menyusu botol walaupun ketika menyiapkan kerja sekolahnya.

SEREMBAN – Seorang pelajar ketagih menghisap susu botol meskipun usianya kini mencecah 14 tahun.
Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.

Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah.

Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.

“Rasa susu yang sedap membuatkan saya kurang berminat dengan minuman lain dan kadangkala saya tidak makan nasi seharian, sebaliknya hanya menyusu sahaja.

“Menghisap susu botol sudah menjadi rutin seharian. Meskipun tidak kena pada usia, saya tetap akan menyusu sampai bila-bila,” katanya.

Menurutnya, tabiat menghisap susu botol diketahui rakan sekolahnya namun dia tidak pernah diejek rakan meskipun ia nampak pelik dan janggal.

“Kawan sekolah tahu saya hisap susu botol tetapi mereka tidak pernah ejek dan perli saya.

“Saya juga tak rasa malu dan tidak kisah diejek rakan. Saya bersyukur kerana ibu bapa memahami keinginan saya dan masih membeli susu untuk saya sehingga sekarang,” katanya.

Sementara itu, ibu Farah Sauffiah, Latifah Ariffin, 47, berkata, dia memperuntukkan RM80 sebulan membeli susu tepung untuk anaknya itu.

“Anak saya akan menghabiskan susu tepung sebanyak dua kilogram setiap bulan. Kos ini tidak termasuk botol susu yang perlu diganti baru.

“Pernah sekali saya tidak membeli susunya dengan harapan dia berhenti menyusu tetapi dia sanggup ke kedai membeli susu dengan duitnya sendiri,” katanya.

Menurutnya, Farah Sauffiah menghisap susu botol sejak berhenti menyusu badan ketika berusia 5 tahun.

“Sebaik berhenti susu badan, dia menghisap susu botol sehinggalah ke hari ini walaupun telah dinasihatkan supaya berhenti menyusu.

“Anak saya menyusu hampir setiap jam dan setiap kali mahu tidur, dia akan pastikan menghisap susu botol sehingga tertidur,” katanya.

Latifah berkata, suaminya pernah membaling botol susu anaknya itu di jalan depan rumah mereka.

“Suami saya bertindak begitu kerana mahu melihat Farah Sauffiah berhenti menghisap susu botol tetapi malangnya, anak saya sanggup mengutipnya semula.

“Kami sudah tidak ada cara untuk memberhentikan tabiat Farah Sauffiah kerana dia masih juga menghisap susu botol sehingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, pernah sekali mereka berjumpa dengan bomoh tetapi masih menemui jalan buntu.

-SH

Tuesday, 1 May 2012

Semakan Tingkatan 6, Maktab, dan Matrikulasi!!!

Maktab (2012)
Untuk SEMAKAN silla tekan link dibawah...
Tingkatan 6 (2012)

Matrik 2012
KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON
PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013

Untuk SEMAKAN silla tekan link dibawah...
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/
Makluman.
Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi.

Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :

Nombor Kad Pengenalan atau

Nombor Lembaga Peperiksaan


Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :


Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke15888


Contoh : MOE MAT 920605051542










Dirempuh ketika sedang ganti tayar kereta mereka di tepi jalan

TERSEPIT: Kelihatan mayat Jack masih terlekat di bahagian bawah kereta Perodua Kembara itu.
 TRAGIS: Ahli keluarga meratapi kematian saudara yang maut dalam kemalangan ngeri itu.
SIBU: Tiga orang terbunuh selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kembara ketika sedang menggantikan tayar kereta mereka di tepi jalan pada malam kelmarin.


Mangsa yang terbunuh ialah Guyang Seliong, 40, Pudai Ringkai, 39, yang difahamkan sepasang suami isteri dan seorang lagi mangsa, Jack Musin, 63, yang difahamkan juga saudara mereka.

Kemalangan ngeri itu dikatakan berlaku sekitar jam 10 malam di Kilometer 30 Jalan Sibu-Durin dekat sini.

Akibat rempuhan itu menurut sumber, Pudai, 39, dikatakan tercampak beberapa meter ke tengah jalan manakala suaminya Guyang, 40, dan Jack, 63, dipercayai diseret kira-kira 50 meter oleh kereta terbabit.

Mayat Jack difahamkan masih melekat di bawah bahagian hadapan kereta Kembara terbabit yang dikatakan merempuh penghalang keluli di tepi jalan selepas melanggar mangsa bertiga itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dimaklumkan oleh orang awam tiba di tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat Jack dari kereta terbabit.

Guyang dan Jack mati akibat kecederaan serius di bahagian kepala manakala Pudai meninggal dunia kerana mengalami kecederaan serius di bahagian dada dan perut. Ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian.

Sebelum kejadian itu, ketiga-tiga mangsa difahamkan sedang memandu dari Roban menuju ke Sibu Jaya untuk menghadiri upacara ‘ngetas ulit’ saudara-mara mereka di sana.

Tetapi tiba di tempat kejadian, mangsa mendapati tayar kereta mereka kekurangan angin dan pancit kira-kira tiga kilometer jaraknya dari Sibu Jaya menyebabkan mereka turun untuk menggantikan tayar tersebut.

Ketiga-tiga mangsa terbabit dikatakan turun untuk menukar tayar belakang di bahagian sebelah kanan yang didapati pancit.

Kereta Perodua Kembara yang dikatakan datang dari arah belakang difahamkan dan dipandu seorang lelaki berumur lingkungan 30-an bersama isteri, ibu dan dua orang anaknya terus merempuh mangsa-mangsa terbabit.

Pemandu kereta Perodua Kembara itu telah dibawa ke Balai Polis Sibu Jaya untuk diambil keterangan dan disiasat.

Semua penumpang kereta Perodua Kembara itu dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keluarga itu difahamkan baharu pulang dari Kanowit selepas menyambut hari jadi saudara mereka di sana dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Permai di sini.

Mayat-mayat terbabit dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-BP

Dua remaja lelaki hilang selepas perahu mereka naiki karam


SEDIH: Ahli keluarga remaja yang hilang tidak dapat menahan sebak mereka setelah mendengar berita yang menyayat hati itu, manakala gambar kecil menunjukkan anggota pencari dan penyelamat yang terlibat dalam operasi berkenaan
KUCHING: Dua remaja lelaki hilang di Sungai Sarawak dekat Kampung Sourabaya Hilir di sini petang semalam selepas perahu yang mereka naiki karam.

Mereka ialah Mohd Nazrin Kassim, 13, dari RPR Fasa II dan Nir Hisham Osma, 14, dari Kampung Sungai Bedil Besar.

Tiga lagi rakan mereka yang turut sama menaiki perahu berkenaan berjaya menyelamatkan diri. Mereka ialah Abang Amirul Sukri Abang Mohd Ismail dan Mohd Hamizul Borhan Bohari dari Kampung Sungai Bedil Besar serta Mohd Nur Shazri Abdullah dari Kampung Lintang.

Kelima-lima remaja berkenaan menggunakan perahu kecil dari Kampung Sungai Bedil Besar dan ketika menghampiri Kampung Sourabaya Hilir, perahu berkenaan tidak semena-mena dimasuki air sebelum karam sekitar jam 5.30 petang semalam.

Perahu berkenaan dipercayai terlalu kecil dan hanya muat untuk dua orang.

Selain itu, keadaan perahu yang sudah using turut menjadi punca ia tenggelam kerana air memasuki perahu menerusi rekahannya.

Menurut petugas bomba, Mohd Raffy Saibi yang turut serta dalam operasi mencari dua remaja malang itu, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan hingga lewat malam tadi. Namun jika keadaan masih buntu, khidmat penyelam skuba akan digunakan bagi membantu dalam operasi.

Setakat berita ini ditulis, kedua-dua remaja berkenaan masih lagi belum ditemui.

-BP

Nasi lemak terakhir sebelum kejadian

Pihak bomba mengusung mangsa
MARANG - “Anak sempat membawa pulang dua bungkus nasi lemak sebelum kejadian,” demikian kata Safinah Yaacob, 55, ibu kepada mangsa, Mohd Amri Sidek, 26, yang terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh di Bukit Lubuk Kolah, Undang dekat Marang, di sini, semalam.

Dalam kejadian berlaku lebih kurang jam 5 petang itu, mangsa sedang melakukan kerja memindahkan tanah bukit untuk dibawa keluar dari kawasan bukit berkenaan meninggal dunia selepas jengkaut yang dikendalinya ditimbus runtuhan tanah.

Akibat kejadian itu, mangsa yang bekerja seorang diri ketika itu terperangkap di dalam jengkaut dan disahkan meninggal dunia apabila dikeluarkan dari jentera berat itu oleh sekumpulan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Marang dan Wakaf Tapai.

Menceritakan keja-dian itu, seorang saksi juga merupakan pemandu lori, Mohd Hamidi Jalil, 23, berkata, dia tiba di tempat kejadian lebih kurang jam 5.10 petang dan sebaik keluar dari lori yang dipandunya dia melihat kenderaan berat itu sudah ditimbus tanah.

“Saya bersama seorang rakan kemudiannya segera memaklumkan kejadian itu kepada penduduk berdekatan sebelum ada pihak yang menghubungi pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Safinah berkata, Mohd Amri merupakan anak sulung daripada 11 beradik dan mereka tinggal bersama di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong.

Menurutnya, arwah pulang berehat di rumah sebelum keluar bekerja semula tengah hari semalam dan membawa pulang dua bungkus nasi lemak sebelum keluar bekerja semula ke kawasan bukit kampung itu lebih kurang jam 1.50 tengah hari.

“Selain sempat membawa pulang dua bungkus nasi lemah, arwah ada mengatakan sesuatu tetapi mak cik tidak faham, kata-kata terakhir yang mak cik dengar dari mulut nya adalah ‘tak apalah kalau tak faham’ lalu dia keluar menyambung kerjanya.

“Mak cik juga tidak menyangka kejadian seperti ini menimpanya kerana sebelum ini arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku walaupun akhir-akhir ini sering bercakap mengenai sesuatu yang tidak difahami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ambil masa satu jam keluarkan mangsa 
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu, bagaimanapun berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kejadian berlaku di sempadan Marang da.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zamri Awang Long berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.22 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 14 anggota dari dua buah balai bomba.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa lebih kurang satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam jengkaut selepas jentera berat itu tertimbus akibat runtuhan tanah di kawasan Bukit Lubuk Kolah, Undang dekat daerah Marang di sini.

-SH