Thursday 12 April 2012

Bayi diisytihar mati ditemui masih hidup di rumah mayat




BUENOS AIRES – Seorang bayi pra matang yang telah diisytiharkan mati, ditemui masih hidup selepas 12 jam dihantar ke sebuah rumah mayat di timur laut Argentina, kelmarin.


Menurut pegawai kesihatan Hospital Perrando di bandar Resistencia, keadaan bayi perempuan itu hanya disedari selepas ibunya bertegas mahu melihat mayatnya.


Kejadian tersebut mendorong ibu bapa Abigail Luciana menamakan semula anak mereka itu dengan nama Milagros Luz yang bermaksud ‘ajaib’ dalam bahasa Sepanyol.


Wakil setia usaha kesihatan wilayah Chaco, Rafael Sabatinelli berkata, berikutan kejadian tersebut mendorong satu kertas siasatan dibuka.


Lima orang termasuk doktor dan jururawat telah digantung sementara menunggu keputusan siasatan itu selesai.


– AFP

No comments:

Post a Comment