Gambar Hiasan |
SIBU: Seorang wanita cedera di bahagian rusuk dan bahagian belakang telinganya selepas ditendang abang kandungnya di sebuah rumah di Bukit Lan, Bawang Assan dekat sini petang kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 5 petang itu, mangsa yang ha-nya dikenali dengan nama keluarganya, Wong, dicedera-kan oleh abangnya, 26, kerana tidak mahu disoal mangsa mengenai tombol pintu rumah yang tiba-tiba rosak.
Difahamkan, abang mangsa tinggal bersama isteri dan anaknya ketika bekerja di luar kawasan sebelum pulang ke rumah ibu bapanya di Bukit Lan awal bulan ini.
Sejak pulang ke rumah, abang mangsa sering bertengkar dengan ibu dan adik perempuannya.
Dan, pada minggu lepas, dia dipercayai memukul adik perempuannya dengan penyapu yang mengakibatkan lengan kanan mangsa lebam.
Bagaimanapun, adiknya mendiamkan diri dan tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis.
Petang kelmarin, mangsa berasa hairan apabila melihat pintu depan rumah mereka telah dirosakkan.
Mangsa kemudiannya bertanya kepada abangnya kenapa tombol pintu itu rosak, bagaimanapun mangsa terus dimarahi dan ditendang di bahagian rusuk dan manakala telinganya mengalami kecederaan.
Pada kira-kira jam 5 petang, mangsa yang menangis kerana tidak tahan menanggung kesakitan, kemudian dihantar ibunya ke sebuah Klinik 1 Malaysia di Sungai Bidut di sini untuk mendapat rawatan lanjut.
Susulan itu, mangsa diiringi oleh ibunya untuk membuat laporan polis.
-BP
No comments:
Post a Comment