Sunday 15 April 2012

Tiga sekawan diserang ketika hendak makan


KUCHING: Niat tiga sekawan untuk menjamu selera berakhir dengan peristiwa pahit selepas dua daripada mereka diserang awal pagi semalam.


Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kedai makan di Pusat Komersial Central Park, di sini iaitu sekitar jam 3.15 pagi.

Menurut sumber, tiga sekawan itu yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki semasa kejadian dikatakan baru tiba di kedai makan tersebut sebelum mereka didatangi oleh lapan orang lelaki dan lima wanita yang tidak dikenali.

Mereka yang tidak mengetahui tujuan kumpulan tersebut menghampiri mereka, tiba-tiba dimarahi dan kemudian dipukul.

Akibatnya, dua daripada mereka (wanita) telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan beberapa anggota badan lain.

Selepas menyerang, kumpulan itu dikatakan melarikan diri meninggalkan ketiga-tiga mangsa dengan menaiki dua buah kereta jenis Perodua Kancil.

Tiga sekawan itu kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan siasatan masih dijalankan.

-BP



No comments:

Post a Comment