Monday, 16 April 2012

Lelaki dicari bantu kes bunuh penjual sarang burung



KOTA KINABALU — Polis sedang mencari seorang lelaki untuk membantu penyiasatan satu kes pembunuhan seorang suri rumah di Km39 Jalan Kalabakan-Keningau pada 7 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) negeri, SAC Omar Mammah berkata, Muhammad Osman, 40, dikehendaki polis yang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Kami percaya lelaki ini dapat membantu siasatan pembunuhan ke atas Sang Sui Fong, berusia 45 tahun yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman pada badan di tepi Perodua Kenari miliknya,” kata Omar di satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini polis menahan tiga orang berumur antara 24 hingga 56 tahun pada 10 April bersabit dengan kes tersebut.

Katanya, mangsa seorang penjual sarang burung sedang dalam perjalanan ke Keningau untuk urusan perniagaan apabila dia dirompak dan dibunuh kira-kira 8 pagi pada 7 April. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment