Wednesday 11 April 2012

PRU 13 pada Jun ini!




KUCHING: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam tentang persiapan suruhanjaya itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mencetuskan spekulasi di kalangan petugas media di sini bahawa ia mungkin diadakan Jun nanti.

Apabila beliau berkata SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu.

“Dari segi pentadbiran, saya sedang mempersiapkan para pegawai saya untuk menghadapi Jun… tapi saya tidak mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Jun,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat bagi pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka di sini.

Abdul Aziz berkata, mungkin beberapa isyarat akan diberi kepada beliau sebelum PRU diadakan, tetapi setakat ini beliau belum menerimanya.
Seramai 151 pegawai pilihan raya yang terdiri daripada 31 pegawai pengurus pilihan raya dan 120 pembantu mereka menghadiri taklimat dua hari itu.

Abdul Aziz berkata taklimat serupa akan diadakan di Sibu pada 12 April dan di Miri pada 16 April untuk membiasakan pegawai berkenaan dengan prosedur baharu yang akan diguna pakai pada PRU akan datang.


 — Bernama

No comments:

Post a Comment