Wednesday 11 April 2012

Tsunami Akibat Gempa Bumi di Indonesia


Tsunami besar

SINGAPURA: Tsunami berukuran 17 sentimeter berlaku di Lautan Hindi dan dikatakan menuju wilayah Aceh, Indonesia selepas gempa bumi kuat menggegarkan pulau berkenaan, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. 

Terdahulu, gempa bumi berukuran 8.7 magnitud menggegarkan perairan Indonesia dan menyebabkan penduduk cemas dan lari menyelamatkan diri.

Pakar Geofizik yang bertugas di pusat berpangkalan di Pulau Hawaii itu, Victor Sardina, berkata ukuran menegak ombak itu adalah kira-kira 35 sentimer menjadikan ketinggian tsunami 17 sentimeter.


Beliau tidak memberikan jangkaan masa tsunami itu akan melanda. 

"Ia tidak kelihatan seperti tsunami besar. Tapi kita masih memantau kerana tsunami datang dalam bentuk ombak," katanya. - Reuters 


No comments:

Post a Comment