PUTRAJAYA - Hampir tiga tahun menyulam cinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam ini.
Sharifah Norazean atau Scha memberi sembilan dulang hantaran kepada Ahmad Awaluddin atau Awal. Awal pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.
Mas kahwin adalah RM2,050.
Majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Pullman di sini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Awani.
Sebelum ini, kedua-dua pasangan itu mengumumkan bahawa majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 6 Mei.
Awal dalam sidang media bersama sebelum ini juga memberitahu bahawa dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.
-SH
No comments:
Post a Comment